PIAGAM PELANGGAN

  1. Pesakit akan disediakan dengan penjagaan perubatan yang berkualiti.
  2. Pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran yang tidak terdapat di Hospital ini akan dirujuk ke lain-lain institusi perubatan yang boleh menawarkan rawatan yang diperlukan.
  3. Pesakit akan diberi rawatan dengan perkhidmatan yang mesra, penyayang selaras dengan Budaya Korporat KKM.
  4. Kemuliaan pesakit sebagai insan akan sentiasa dihormati. Maklumat-maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalani akan dikeluarkan setelah mendapat persetujuan pesakit mengikut peraturan-peraturan berkaitan.
  5. Pesakit akan diberi penerangan dan penjelasan yang bersesuaian mengenai prosedur atau rawatan yang dicadangkan dan alternatif yang ada serta risiko berkaitan.
Font Resize