Pihak pengurusan membuat penyataan dasar kualiti untuk mendapat komitmen yang berterusan dari warga kerja Hospital Tumpat kearah ”Perkhidmatan Berkualiti”. Dasar kualiti ini merupakan garis panduan umum untuk semua peringkat kakitangan di Hospital Tumpat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan Perkhidmatan Pesakit Dalam. Penyataan dasar kualiti Hospital Tumpat adalah:
“Adalah menjadi polisi Hospital Tumpat agar setiap keperluan pelanggan untuk Perkhidmatan Pesakit Dalam dan Kecemasan dipenuhi pada setiap masa melalui pendekatan perkhidmatan yang menyeluruh dengan mengutamakan kualiti, promosi kesihatan dan menghormati kemuliaan insan”.