KLINIK LAWATAN PAKAR

Hospital Tumpat merupakan  hospital daerah tanpa pakar. Bermula tahun 2017, inisiatif hospital kluster telah dilaksanakan di negeri Kelantan. Konsep Hospital Kluster melibatkan gabungan sekurang-kurangnya satu hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar di dalam kawasan geografi yang sama membentuk satu entiti. Gabungan Hospital Kluster Kelantan Utara diketuai oleh Hospital Raja Perempuan Zainab II, diikuti oleh 3 hospital daerah tanpa pakar yang lain iaitu Hospital Tumpat, Hospital Pasir Mas dan Hospital Tengku Anis. Melalui pelaksanaan hospital kluster ini, sumber di antara hospital misalnya sumber manusia, peralatan, fasiliti dan lain-lain dapat digunakan secara optimum.

Buat masa sekarang, terdapat 10 perkhidmatan klinik pakar yang ditawarkan di Hospital Tumpat iaitu:
i) Klinik Perubatan
ii) Klinik Respiratori (Dada)
iii) Klinik Penyakit Berjangkit
iv) Klinik Pediatrik
v) Klinik Obstetrik & Ginekologi
vi) Klinik Dermatologi (kulit)
vii) Klinik Ortopedik
viii) Klinik Oftalmologi
ix) Klinik Pembedahan
x) Klinik EPAS (Early Pregnancy Assesment Service)

JADUAL KLINIK TAHUN 2020