PANDUAN PELAWAT

Waktu Melawat

12.30 tengahari  – 2:00 petang
4.30 petang  – 7:00 petang
Setiap hari termasuk Cuti Umum 

Panduan Kepada Pelawat

  1. Pastikan anda mematuhi masa lawatan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Hospital Tumpat
  2. Pastikan waris/pelawat meletak kenderaan pada tempat letak kenderaan yang telah disediakan untuk pelawat. Anda dilarang sama sekali meletak kenderaan pada laluan ambulan agar tidak mengganggu tika terjadinya kecemasan
  3. Dilarang merokok di dalam kawasan hospital
  4. Anda tidak digalakkan membawa anak-anak kecil bagi mengelakkan jangkitan
  5. Tidak membuat bising ketika di dalam wad
  6. Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam wad
  7. Tidak mengganggu pesakit-pesakit lain
  8. Memantau/mengawal pergerakan anak-anak kecil agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini
  9. Tidak merosakkan kemudahan awam yang disediakan di Hospital Tumpat
  10. Sentiasa mematuhi arahan Pengawal Keselamatan Hospital Tumpat

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Lawatan Pertama Adalah :

1.   Dokumen pengenalan diri yang sah

  • Kad Pengenalan
  • Dokumen perjalanan bagi warga
  • Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
  • Surat akuan majikan bagi anggota swasta

2.   Warganegara asing yang dijamin suami/isteri yang berwarganegara Malaysia. Dokumen yang diperlukan adalah :

  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Passport/Perjalanan diri Warganegara Asing (asal dan salinan)
  • Sijil Nikah/Surat Kahwin yang asal dan sekeping salinan yang disahkan dari pusat pengeluar

3.   Alamat perhubungan pesakit

  • Alamat surat menyurat yang lengkap untuk penghantaran bil pesakit
  • Alamat waris terdekat sekiranya pesakit tidak mempunyai alamat tetap
  • Alamat majikan bagi pesakit warga asing
  • Nombor telefon sekiranya ada

4.   Surat Rujukan daripada Pegawai Perubatan yang bertauliah

Sila rujuk kepada Caj Rawatan bagi mengetahui bayaran yang dikenakan.

Pesakit boleh diberi lawatan susulan melalui dua cara :

1. Selepas lawatan pertama di Klinik Pakar dimana rawatan dan pemerhatian lanjut diperlukan; dan

2. Selepas discaj dari wad.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Lawatan Susulan Adalah :

1.   Dokumen pengenalan diri yang sah;

  • Kad Pengenalan
  • Dokumen perjalanan bagi warga
  • Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
  • Surat akuan majikan bagi anggota swasta

2.   Warganegara asing yang dijamin suami/isteri yang berwarganegara Malaysia. Dokumen yang diperlukan adalah :

  • Kad Pengenalan asal dan salinan
  • Passport/Perjalanan diri Warganegara Asing (asal dan salinan)
  • Sijil Nikah/Surat Kahwin yang asal dan sekeping salinan yang disahkan dari pusat pengeluar

3.   Kad Temujanji bagi rawatan lanjutan.

Sila rujuk kepada Caj Rawatan bagi mengetahui bayaran yang dikenakan.

Keperluan Asas Semasa Mendapatkan Rawatan Di Hospital Adalah :

1.   Dokumen pengenalan diri yang sah;

  • Kad Pengenalan
  • Dokumen perjalanan bagi warga
  • Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
  • Surat akuan majikan bagi anggota swasta

2.   Alamat perhubungan pesakit :

  • Alamat surat menyurat yang lengkap untuk penghantaran bil pesakit
  • Alamat waris terdekat sekiranya pesakit tidak mempunyai alamat tetap
  • Alamat majikan bagi pesakit warga asing
  • Nombor telefon sekiranya ada

3.   Kelengkapan asas pesakit :

  • Baju persalinan;
  • Tuala Mandi;
  • Sudu / Cawan;
  • Ubat gigi / Berus gigi dan keperluan asas yang lain.

4.   Bawa segala jenis ubat (jika ada) yang pernah atau sedang digunakan bagi membantu doktor yang merawat mengenali ubat-ubatan tersebut.

Sila rujuk kepada Caj Rawatan bagi mengetahui bayaran yang dikenakan.

Lawatan Pertama