PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Tumpat Kelantan.

Laman Web Hospital Tumpat ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkenaan hospital ini mengenai perkhidmatan yang disediakan, isu kesihatan dan perubatan serta aktiviti-aktiviti terkini  yang dapat dikongsi bersama oleh seluruh lapisan masyarakat dimana juga mereka berada.

Kami akan terus berusaha memberi perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini khususnya masyarakat yang berada di sekitar daerah Tumpat bagi memastikan taraf kesihatan masyarakat dapat dipertingkatkan dan penyampaian maklumat mengenai kesihatan dapat disalurkan dengan lebih efektif.

Terakhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada Unit IT Hospital Tumpat khususnya dan warga Hospital Tumpat amnya di atas kerjasama yang diberikan dan merealisasikan impian ini. Kepada semua pengunjung laman sesawang ini,  semoga beroleh ilmu dan manfaat yang tidak terhingga. Diharap Laman Web ini boleh menjadi satu platform komunikasi yang berkesan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Kami Sedia Membantu,

DR. AMINAH RUSMIN BT MOHAMAD GHAZALI

Pengarah Hospital Tumpat