PIAGAM PELANGGAN
- Pesakit akan disediakan dengan penjagaan perubatan yang berkualiti.
- Pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran yang tidak terdapat di Hospital ini akan dirujuk ke lain-lain institusi perubatan yang boleh menawarkan rawatan yang diperlukan.
- Pesakit akan diberi rawatan dengan perkhidmatan yang mesra, penyayang selaras dengan Budaya Korporat KKM.
- Kemuliaan pesakit sebagai insan akan sentiasa dihormati. Maklumat-maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalani akan dikeluarkan setelah mendapat persetujuan pesakit mengikut peraturan-peraturan berkaitan.
- Pesakit akan diberi penerangan dan penjelasan yang bersesuaian mengenai prosedur atau rawatan yang dicadangkan dan alternatif yang ada serta risiko berkaitan.