Seksyen Operasi Hospital
Bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
Objektif
- Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
- Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
- Memastikan Khidmat Sokongan Hospitalyang diberikan adalah cekap dan selamat.
Syarikat Konsesi Yang Dilantik
The Concession Companies |
Hospitals & Institutions | |
1997 |
2009 |
|
Faber Medi-Serve Sdn. Bhd. |
71 |
79 |
Radicare (M) Sdn. Bhd. |
37 |
47 |
Pantai Medivest Sdn. Bhd. |
19 |
22 |
Jumlah |
127 |
148 |
Perkhidmatan Yang Diswastakan
Clinical Waste Management (CWMS)
Skop Perkhidmatan CWM:
- Pengasingan secara menyeluruh sisa klinikal termasuk penkelasan dan penjadualan pengumpulan dan pelupusan diserahkan kepada incinerator yang berlesen dan menggunakan jentera yang sesuai.
- Semua peralatan dan barangan digunakan berdasarkan keperluan dan piawai yang telah ditetapkan.
- Semua prosidur bersangkut paut dengan perkhidmatan mesti mematuhi keperluan pengawalan DOE.
Linen and Laundry Services (LLS)
Skop Perkhidmatan LLS
- Barangan dan bahan linen diselaraskan piawaiannya bagi seluruh Negara dan memastikan bekalan linen mencukupi.
- Kualiti pendobian hendaklah berdasarkan piawai yang diluluskan dan diperakui diperingkat antarabangsa.
- Proses pengumpulan dan pengangkutan linen yang tercemar dan penghantran linen yang bersih dilakukan berdasarkan prosidur yang terperinci.
Cleansing Services (CLS)
Skop perkhidmatan CLS:
- Proses pembersihan dilakukan oleh pertugas yang terlatih meliputi semua kawasan dengan menggunakan peralatan yang sepatutnya dan bahan kimia yang mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.
- Barangan dibekalkan di semua kawasan, termasuk kawasan awam dalam kuantiti yang diperlukan.
- Perkhidmatan termasuk mengumpul sisa klinikal melalui kaedah yang betul dan menggunakan peralatan yang sewajarnya dan memperuntukan fasiliti untuk dijadikan pusat penyimpanan.
Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)
Skop Perkhidmatan FEMS
- Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.
- Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.
- Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.
- Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.
- Mengendali latihan kepada pengguna.
Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)
Skop Perkhidmatan BEMS:
- Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.
- Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.
- Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.
- Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.
- Mengendali latihan kepada pengguna.
- Prosedur yang terperinci untuk bahan berbahaya dan peralatan yang tercemar.
- Mengawasi ujian penerimaan, karektor/ujian keselamatan dan prestasi.