Definisi Pemulihan Carakerja
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optima dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian. Pemulihan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, dan rehabilitatif.
OBJEKTIF
- Secara umumnya, matlamat pemulihan carakerja adalah untuk membantu setiap individu yang bermasalah/ketidakfungsian untuk memperbaiki kualiti hidup mereka agar menjadi lebih baik.
- Terapi ini membantu meningkatkan kemahiran. Dengan cara itu, individu yang mempunyai masalah/ ketidakupayaan boleh menjadi seberdikari yang mungkin
PIAGAM PELANGGAN
Semua pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan Pemulihan Carakerja mempunyai akses kepada piagam pelanggan kami yang menggariskan perkara-perkara berikut ;
-
- Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan profesional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program Pemulihan yang dilaksanakan.
- Setiap pelanggan akan diberikan rawatan pemulihan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberi mengikut temujanji.
- Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
- Setiap pesakit luar akan diberikan rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.
- Pesakit akan diberi laporan kemajuan kepada Pegawai Perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Hospital Tumpat meliputi;
-
-
- Rawatan Pesakit Dalam
- Rawatan Pesakit Luar
-
Jenis – jenis Perkhidmatan Pemulihan Carakerja untuk Pesakit Dalam dan Pesakit Luar adalah seperti berikut :-
- Penilaian & latihan dalam aktiviti seharian
- Penilaian fizikal
- Penilaian sensori
- Penilaian kognitif & perceptual
- Penilaian pra-sekolah
- Penilaian perkembangan kanak-kanak
- Penilaian tingkah laku
- Splint & ortosis
- Peralatan serta pengubahsuaian
- Terapi pakaian tekanan
- Terapi kreativiti
- Latihan kemahiran sosial
- Pendidikan pesakit dan penjaga
- Terapi permainan & Sensory Integration
WAKTU OPERASI
HARI | MASA |
Ahad – Rabu | 8.00 am – 5.00pm |
Khamis | 8.00 am – 3.30 pm |
Waktu Rehat | 1.00 pm – 2.00 pm |
Jumaat & Sabtu / Cuti Umum | Tutup |
LOKASI
Unit Pemulihan Cara Kerja terletak di bangunan Pusat Latihan Hospital Tumpat