PENGENALAN
Menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan untuk pesakit yang mendapat rawatan di wad-wad hospital ini.
MAKANAN BIASA
Disediakan untuk pesakit biasa yang tidak memerlukan pemerhatian yang serius dalam pemakanan. Menunya disediakan untuk sehari mengikut saranan. Jenis menu yang disajikan ada dua jenis iaitu Kelas Dua dan Kelas Tiga, cara masakan adalah mengikut bahan mentah, kepakaran sedia ada dan juga selera masyarakat setempat.
MAKANAN PANTANG
- Ianya disediakan berdasarkan faktor faktor berikut:
i) Keperluan zat pemakanan
ii) Pengurangan gula dan garam
iii) Pengubahsuaian makanan berlemak
- Antara pesakit yang disediakan makanan pantang ini ialah:
i) Darah Tinggi
ii) Kencing Manis
iii) Sakit Jantung
iv) Sakit Buah Pinggang
v) Cirit Birit
vi) Hepatitis
DIABETIK DIET
Untuk pesakit yang mengidap penyakit Kencing Manis, pengurangan nasi dalam sajian harian dan tiada langsung gula dalam masakan dan minuman. Penggunaan roti bijirin sepenuhnya. Penambahan bekalan protien dalam sajian seharian dengan bekalan telor setiap hari. Sayur sayuran dan buah buahan disajikan dalam hidangan.
FAT FREE DIET
Pesakit akan dibekalkan hanya dengan lauk pauk yang dibakar, rebus, kukus, panggang dan sayur sayuran juga direbus. Makanan saperti telor, daging, marjerin, butter, minyak, kaya dan susu perlu dielakkan kecuali susu skim atau rendah lemak. Semua makanan protein yang dibekalkan adalah daripada ikan putih dan ayam tanpa kulit.
HIGH PROTEIN DIET
Dibekalkan kepada pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan daripada penyakit yang teruk, pembedahan yang hampir sembuh, kekurangan darah dan sebagainya.
Menu ditambah dengan sajian susu dan makanan protein saperti ikan, telur atau tauhu selain yang dibekalkan.
LOW SALT DIET
Ia disediakan untuk pesakit yang mengidap penyakit Darah Tinggi, masakan yang disediakan adalah tanpa garam. Masakan mempunyai rasa semulajadi daripada rempah ratus yang digunakan atau sumber makanan itu sendiri saperti sayur sayuran, daging, ayam, ikan dan sebagainya.
BLEND DIET
Cara penyediaan dan masakan adalah sama dengan soft diet. Makanan hanya perlu dikisar dan ditapis sebelum diberi kepada pesakit.
Diet ini disediakan kepada pesakit yang mengalami kesukaran untuk makan atau pesakit yang makan melalui tiub.
LOW PROTEIN DIET
Dibekalkan dengan mengurangkan setengah sajian sumber protein untuk sehari dan ditambah dengan hidangan makanan berkalori untuk keperluan harian.
SOFT DIET
Ia adalah menu masakan biasa yang diubahsuai dari segi potongan atau saiz dan juga cara masakan. Tekstur makanan yang dimasak adalah lembut saperti nasi air atau bubur nasi. Tidak menggunakan rempah ratus dan cili dalam masakan. Menggunakan kaedah memasak saperti mengukus, merebus, mereneh dan sebagainya.
Selain daripada menyediakan makanan kepada pesakit, unit ini juga memberi khidmat nasihat tentang penjagaan makanan terutama kepada pesakit pesakit kencing manis dan darah tinggi.