PENGENALAN
Unit Farmasi Hospital Tumpat terdiri dari Stor Integrasi dan Unit Farmasi Klinikal. Perkhidmatan utama unit ini ialah:-
- Bekalan ubat kepada Pesakit Dalam.
- Bekalan ubat kepada Pesakit Luar
Aktiviti lain unit ini ialah penyediaan galeknikal dan kaunseling ubat ubatan.
OBJEKTIF
Dalam perkhidmatan bekalan ubat kami berpegang kepada motto “Tepat, Berkesan, Selamat”. Kami sedaya upaya cuba memastikan ubat yang dibekalkan adalah tepat dan sesuai, berkesan dan benar benar selamat.
AKTIVITI BEKALAN UNTUK PESAKIT DALAM
Ubat ubat dibekalkan kepada Pesakit Dalam mengikut “System Unit Of Use“. Ubat ubat dibekal kepada Pesakit Dalam mengikut keperluan pesakit secara individu bagi tempoh tertentu atau untuk satu tempoh rawatan yang lengkap.
Selain dari bekalan secara “Unit of Use“, bekalan ubat dibuat dalam bentuk ubat kecemasan, trolley, ubat floor stock dan Bekalan Selepas Waktu Pejabat.
KHIDMAT BEDSIDE DISPENSING
Buat masa kini perkhidmatan ini disediakan untuk pesakit pesakit dari Wad Tiga. Kebanyakan pesakit terdiri dari ibu ibu yang baru bersalin. Slip preskripsi pesakit yang akan discaj perlu dihantar ke Kaunter Bekalan Wad dan sampai sebelum jam 10.00 pagi. Pesakit boleh menerima ubat dikatilnya seawal jam 11.00 pagi. Sekiranya pesakit mahu pulang awal dan tidak sanggup menunggu, pesakit atau wakilnya boleh mengambil ubat terus dari Kaunter Pesakit Luar.
AKTIVITI BEKALAN UNTUK PESAKIT LUAR
Istilah Pesakit Luar disini merangkumi pesakit pesakit yang diberi rawatan di Unit Kecemasan, pesakit pesakit yang datang dari Klinik Pakar, pesakit dari Klinik Dada dan pesakit yang discaj. Jumlah preskripsi yang diterima telah bertambah setelah berlaku perpindahan Unit Pesakit Luar dari Klinik Kesihatan Bandar Tumpat ke Hospital Tumpat.
WAKTU BERTUGAS DI KAUNTER PESAKIT LUAR
Kaunter dibuka pada setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang (Ahad hingga Rabu) dan jam 8.00 hingga 3.00 pada hari Khamis. Pada hari cuti hujung minggu dan hari kelepasan am, kaunter dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Slip preskripsi yang diterima dari Pembantu Perubatan atau Pegawai Perubatan diberi tempoh selama tiga hari untuk mendapatkan bekalan.
Diluar tempoh ini pesakit diperlukan berjumpa semula Pegawai Perubatan untuk mendapatkan slip preskripsi yang baru.
BEKALAN UBAT JANGKA PANJANG ATAU UBAT YANG TIADA DALAM SIMPANAN
Pada kebiasaannya ubat ubat dibekal untuk tempoh satu bulan dan paling banyak dua bulan. Kad khas akan diberi kepada pesakit yang mengambil ubat bagi jangka masa yang panjang. Tarikh untuk mengambil semula ubat dicatit pada kad berkenaan. Bagi ubat ubat yang tiada dalam simpanan, kad khas juga akan diberi kepada pesakit. Pesakit yang mempunyai telefon akan dihubungi apabila ubat berkenaan telah diperolehi. Pesakit yang tiada telefon diminta menghubungi unit ini dari masa kesemasa untuk bertanyakan ubat mereka. Jika perlu dan berkaitan dengan kes kes yang berat, ubat akan dihantar terus kepada pesakit berkenaan.
AKTIVITI KAUNSELING UBAT-UBATAN
Kaunseling ubat ubatan diberi oleh Pegawai Farmasi sekiranya dirujuk oleh Pegawai Perubatan atau ada permintaan dari pesakit. Kaunseling juga diberi bagi kes kes yang difikir perlu bagi meningkatkan kefahaman dan kepatuhan (compliance) pesakit kepada rawatan ubat yang diberi oleh Pegawai Perubatan.
Sekiranya Pegawai Farmasi tidak dapat memberi kaunseling pada hari yang sama, temujanji boleh diberi kepada pesakit bagi mengadakan sesi kaunseling pada hari hari yang lain.
Sekiranya ada para pesakit yang tidak berpuashati atau ada pertanyaan sila hubungi Pegawai Farmasi ditalian 09-7263000 smbgn 3031.
SKOP STOR INTEGRASI
- Aktiviti Perolehan / Pembelian Ubat-ubatan dan Alat Kelengkapan. Aktiviti ini dibuat oleh Pegawai Farmasi dan dibantu oleh Pembantu Tadbir (Stor) di bahagian komputer. Perolehan dibuat melalui:-
- Secara pemesanan berkomputer kepada Syarikat Pharmaniaga (M) Sdn. Bhd. Iaitu Pembekal Utama Kerajaan.
- Secara Kontrak Pusat contohnya pakaian seragam, kertas cina dan absorbent gauze.
- Secara pesanan kepada pembekal tempatan semada melalui sebutharga atau pembelian runcit. Permohonan pembelian daripada unit-unit pengguna akan diluluskan berdasarkan kepada baki peruntukan sedia ada serta kelulusan Pengarah Hospital. Hanya Pegawai Farmasi sahaja yang berkuasa untuk membuat pesanan.
- Aktiviti Penerimaan
- Iaitu penerimaan perkara-perkara yang dibuat pesanan. Aktiviti ini adalah tanggungjawab ketiga-tiga Pembantu Tadbir (Stor) bertugas. Semasa penerimaan, barangan yang diterima diperiksa dan segi kuantiti, keadaan serta ketepatan catitan didalam Nota Hantaran.
- Aktiviti Penyimpanan dan Pembekalan.
- Aktiviti penyimpanan dibuat oleh Pembantu Tadbir Y/M bahagian berkaitan Ubat/Bukan Ubat) dengan bantuan Atenden Kesihatan bertugas. Penyimpanan dibuat berdasarkan kepada keperluan barangan berkaitan. Contohnya ubat-ubatan biasa disimpan didalam bilik berhawa dingin, ubat vaksin disimpan di dalam peti sejuk dan alat-alat seperti jarum disimpan di dalam bilik biasa.
- Aktiviti pembekalan dibuat berdasarkan kepada Nota Keluaran Barang-Barang yang telah diluluskan oleh Pegawai Farmasi dan dibuat mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan Stor (TPS). Contohnya FIFO (First In First Out). Unit-Unit Pengguna boleh memperolehi barangan yang diperlukan melalui pesanan yang dibuat dengan menggunakan Baucer Pemesan/Pengeluaran Barang-Barang Pemesan. Barangan kegunaan rutin boleh dibuat secara bulanan dan hendaklah dikemukakan seminggu sebelum giliran. Permohonan untuk barangan bukan kegunaan-rutin (contohnya surgical scissors) boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pembelian Peralatan yang boleh diperolehi dan unit ini. Hanya pegawai-pegawai yang diberikuasa sahaja yang boleh membuat pesanan.