PENGENALAN
Unit Fisioterapi mula memberi perkhidmatannya pada Tahun 2000.
Keadaan Yang Memerlukan Rawatan Fisioterapi
- Gejala dan masalah Sistem Tulang, Sendi dan Otot otot. Program pemulihan pada anggota tangan atau kaki selepas patah, terseliuh, kesakitan pada sendi, tulang pinggang dan sebagainya.
- Gejala dan masalah di Sistem Pernafasan. Kes-kes seperti Asthma, Radang Paru-Paru atau Bronchiectesis. Diantara tujuan rawatan ialah:-
- untuk melegakan pernafasan
- mengurangkan kahak atau lendir
- penggunaan paru paru ke tahap maksimum
- mengembangkan paru paru langsung mengurangkan lelah
- Gejala dan masalah cerebral dan urat saraf. Program pemulihan dan teknik perawatan pada kes kes:-
- Stroke
- Lumpuh
- Parkison’s Disease
- Kelemahan otot otot
- Palsi Muka
- Gejala dan masalah kanak kanak. Program pemulihan untuk kes kes:-
- Bronchopneumonia
- Kecacatan anggota asal saperti Talipes atau Torticolis
- Kecacatan cerebral
- Erb’s Palsy
- Kes kes yang bersangkutan Sistem Otot otot dan Tulang dan akibat kebakaran
- Pendidikan Pesakit – Khidmat nasihat dan teknik bersenam. Teknik bersenam dengan betul dan bersesuaian bagi kes kes:-
- Pengurangan berat badan
- Darah Tinggi
- Asthma
- Kencing Manis
- Pemulihan jantung
- Senaman pernafasan
- Cara penggunaan alat bantuan pemulihan dan khidmat nasihat untuk:-
- Pelbagai jenis tongkat
- Walking Frame
- Wheel Walking Frame
- Kerusi Roda
- Anggota Palsu
- Peralatan pemulihan sokongan, jenis jenis alat ini ialah:-
- Splint pada kaki yang lumpoh atau kurang upaya akibat kecederaan pada urat saraf
- Kasut bertapak tambahan pada kes kes patah dianggota kaki yang mana salah satunya menjadi pendek
- Splint untuk kanak kanak yang kakinya bengkok
- Splint untuk mangsa yang terkena kebakaran bagi mengelakkan kecacatan
- Splint untuk anggota tangan dan jari bagi kes kes patah Arthritis, terseliuh dan sebagainya
- Peralatan senaman
- Penyesuaian peralatan senaman bergantung kepada kes kes tertentu dan tujuannya, kini terdapat pelbagai peralatan yang sesuai dipasaran.
DefinIsi
Perawatan fisioterapi adalah satu kaedah yang sistematik bagi menilai fungsi tubuh badan yang tidak sempurna terhadap Sistem Tulang, otot otot dan sendi; Sistem Kardio Vaskular (Jantung dan Sistem Pengaliran Darah), Sistem Pernafasan serta Sistem Saraf termasuklah gejala sakit yang dialami oleh pesakit. Kaedah rawatan untuk mengendalikan atau untuk menyelesaikan gejala atau masalah yang dihadapi oleh pesakit ialah melalui tiga unsur utama iaitu:-
- Pergerakan
- Rawatan Manual
- Agen agen fizikal
Prinsip Rawatan Fisioterapi
- Perawatan dan teknik oleh Ahli Fisioterapi dengan cara:-
- Manual terapi dan teknik kemahiran bidang fisioterapi. Penggunaan model atau alat:-
- Elektroterapi – perawatan menggunakan peralatan elektronik saperti:-
- Short Wave Diathermy
- Infra Red Lamp
- Traction
- Gimnasium
- Perawatan pernafasan
Peranan pesakit dan penjaga:-
- Mengajar cara dan tunjuk ajar kepada penjaga mengenai teknik mudah rawatan
- Khidmat nasihat penggunaan peralatan sokongan dengan cara yang betul bersesuaian dengan keadaan masalah fizikal yang dialami oleh pesakit
- Senaman untuk sebelum dan selepas bersalin
- Kecergasan fizikal
- Sakit dan sengal sendi
- Kekuatan otot-otot
- Sakit pinggang. Untuk mengurangkan kekakuan sendi
- Short Wave Diathermy
Masa Rawatan | Bayaran |
Ahad hingga Rabu 8:00 pagi – 12:45 tengahari 2:00 petang – 4:00 petang Khamis 8:00 pagi – 3:00 petang |
RM1.00 dikenakan setiap kali rawatan jika di rujuk dari Pesakit Luar RM2.00 hingga RM10.00 jika menerima rawatan ketika berada dalam wad |
Sessi Pendidikan Fisioterapi
- Memberi ceramah mengenai Perawatan Fisioterapi kepada Mahasiswa Perubatan yang menjalani latihan di Hospital Tumpat
- Pelatih pelatih fisioterapi
- Pelatih pelatih Jururawat
- Pelawat dari sekolah sekolah
- Program Pendidikan Pesakit