PENGENALAN
Pengurusan akaun hasil khusus bagi bayaran Bil Hospital Pesakit Dalam telah beroperasi semenjak Hospital Tumpat ditubuhkan pada 1984 dibawah pengawasan Unit Pentadbiran. Diperingkat awal, perkhidmatan yang diberi lebih merupakan bantuan kepada rawatan sosial ke arah kesejahteraan pembangunan kesihatan masyarakat. Ini bermakna kos perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan sebanyak 99% manakala pesakit hanya membayar 1% sahaja. Dari masa ke semasa peranan pengurusan akaun hasil semakin meningkat dengan bertambahnya kemasukan Pesakit Dalam disamping masalah masalah sosial yang semakin mencabar dalam arus pemodenan menjurus kearah negara maju. Akhirnya akaun hasil ini dipertanggungjawabkan dibawah Penolong Pegawai Tadbir pada Tahun 1996 untuk mengurangkan tunggakan serta pengujudan sistem hasil yang berkesan.
OBJEKTIF
Memberi sokongan kewangan kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Tumpat melalui pelaksanaan dasar hasil berasaskan prosidur, arahan dan pekeliling kewangan yang ditetapkankan. Tumpuan diberikan kepada pengujudan sistem kutipan hasil yang berkesan yang menjadi sumber kewangan Kerajaan.
SKOP
Prosedur caj bayaran wad dan rawatan (termasuk siasatan) di Hospital Tumpat ini adalah tertakluk kepada Akta Fees 1957 Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 1982/1993, Akta Fi (Perubatan) (Kos Perubatan 2014) serta arahan dan pekeliling kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Berikut adalah perkhidmatan bayaran yang disediakan:-
- Bayaran Deposit (Pendahuluan)
- Bayaran Wad Am
- Bayaran Rawatan
- Bayaran Siasatan Rawatan
- Makmal
- Radiologi
- Fisioterapi
- Radioterapi & Perubatan Nuklear
- Nefrologi
- Perkhidmatan Pakar
- Accouchmen & Bersalin
Selain daripada bayaran bil Pesakit Dalam terdapat juga bayaran lain seperti:-
- Bayaran Perubatan
- Bayaran sewa kenderaan (Kereta Jenazah dan Ambulan).
- Bangunan Kerajaan.
- Asrama dan kuarters.
- Bayaran jualan jualan yang lain
HOSPITAL KLUSTER (NORTH)
Terdapat 5 wad di Hospital Tumpat iaitu :
- WAD MELUR 1 (WAD LELAKI)
- WAD MELUR 2 (WAD PEREMPUAN)
- WAD MELUR 3 (WAD BERSALIN )
- WAD MELUR 4 (WAD PEDIATRIK –KANAK-KANAK)
- WAD MELUR 5 (WAD INFEKSI )
LAMPIRAN A
Kadar Bayaran Deposit Hospital
JENIS RAWATAN | ORANG AWAM /SWASTA / PESARA KERAJAAN |
WARGANEGARA ASING |
||
KELAS DUA | KELAS TIGA | KELAS DUA | KELAS TIGA | |
PERUBATAN | RM200 | RM20 | RM400 | RM200 |
PEMBEDAHAN | RM400 | RM30 | RM1200 | RM600 |
PERBIDANAN & SAKITPUAN | RM350 | RM15 | RM900 | RM450 |
PESARA KERAJAAN | RM15 | PERCUMA | ***SILA KEMUKAKAN PHOTOSTAT KAD PESARA |
Semua pesakit dikehendaki membayar deposit apabila dimasukkan ke wad kecuali pesakit swasta yang majikannya mempunyai surat jaminan bank dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pesakit hanya dibenarkan amsuk wad kelas dua dengan mengemukakan surat jaminan yang sah atau deposit yang cukup dan bergantung kepada kekosongan.
- Bagi warga emas (60 tahun dan ke atas) sila kemukakan salinan fotostat kad pengenalan diri untuk menikmati caj 50% yang dikenakan
LAMPIRAN B
Kadar Bayaran Wad / Rawatan Bagi Pesakit Awam / Warganegara Asing
KELAS | BAYARAN WAD SEHARI | BAYARAN RAWATAN SEHARI | ||
PESAKIT AWAM/SWASTA | WARGANEGARA ASING | PESAKIT AWAM/SWASTA | WARGANEGARA ASING | |
KELAS DUA | RM20.00 | RM40.00 | RM5.00 | RM10.00 |
KELAS TIGA | RM3.00 | RM6.00 | – |
Bayaran caj-caj di atas tidak termasuk siasatan yang lain.