Petugas di kaunter ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan yang terlatih dan akan membantu memastikan pesakit disaring mengikut tahap kritikal pesakit.
Semua ini dijalankan secara profesional mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM seperti berikut:-
- ZON MERAH – PESAKIT PALING KRITIKAL
- ZON KUNING – PESAKIT SEPARA KRITIKAL
- ZON HIJAU – PESAKIT TIDAK KRITIKAL
Perkhidmatan rawatan kecemasan yang diberikan adalah seperti berikut :
- Perkhidmatan pra hospital
- Pusat Panggilan Ambulan
- Perkhidmatan ambulan
- Perkhidmatan wad pemerhatian
- Perkhidmatan pesakit luar am (selepas waktu pejabat, hari kelepasan dan cuti umum)
Pesakit juga mendapat rawatan setaraf hospital berpakar memandangkan Pakar Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan dari HRPZII ditempatkan setiap hari di Unit Pesakit Dalam dan Unit Kecemasan & Trauma.