UNIT PATOLOGI & TABUNG DARAH

Pengenalan

Unit Perkhidmatan Makmal Patologi & Tabung Darah Hospital Tumpat menyediakan perkhidmatan sokongan bagi ujian klinikal patologi dan transfusi untuk tujuan perawatan pesakit. Unit ini terdiri daripada Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Objektif

  1. Menyediakan perkhidmatan ujian diagnostik dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi, Serologi, Mikrobiologi dan Transfusi Darah.
  2. Membekalkan darah kepada wad dan Unit Kecemasan.
  3. Pendermaan darah yang selamat untuk tujuan transfusi yang selamat.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Perkhidmatan Patologi
    • Ujian Patologi Kimia
    • Ujian Mikrobiologi
    • Ujian Hematologi
    • Ujian Serologi
    • Ujian-Ujian yang tidak dijalankan di makmal ini akan dirujuk ke Jabatan Patologi HRPZ II atau makmal rujukan yang berkaitan
  2. Perkhidmatan Tabung Darah
    • Ujian Tranfusi Darah
    • Pendermaan Darah (walk-in) pada hari bekerja sahaja

Waktu perkhidmatan

Ahad – Rabu 8.00 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 3.30 petang

* Terdapat JTMP yang bertugas secara stay-in di luar waktu bekerja biasa bagi menjalankan ujian.

No. telefon

09-7263000

Seksyen Ext.
Kaunter 3048
Transfusi 3049
Mikrobiologi 3050
Pegawai Sains 3051