UNIT REKOD PERUBATAN

OBJEKTIF

  • Sebagai sebuah unit pusat pengumpulan, penyusunan laporan dan data hospital dengan betul dan tepat untuk kegunaan perancangan pengurusan hospital, Pejabat Pengarah Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

SKOP

  • Meliputi keseluruhan unit di Hospital Tumpat.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menyediakan Laporan Perubatan dan Laporan Bedah Siasat kepada pelanggan yang terdiri dari Polis, Peguambela, Perkeso, Syarikat Insuran Hayat, orang perseorangan dan sesiapa yang memerlukannya.
  • Menyediakan laporan statistik Hospital.
  • Perkhidmatan pengendalian rekod Pesakit Dalam.

BAYARAN LAPORAN PERUBATAN

  • Untuk Laporan Perubatan bayaran dikenakan adalah berjumlah RM40.00 dan Surat Permohonan serta Surat Kebenaran jika perlu hendaklah dihantar kepada alamat berikut:-

Pengarah Hospital,
Hospital Tumpat,
16200, Tumpat,
Kelantan.
(u/p : Unit Rekod Perubatan)