PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat Hospital Tumpat dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang mengurus dan mengawal selia infrastruktur dan peralatan ICT kepada semua pengguna.
OBJEKTIF
- Memastikan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) di Jabatan/Unit dan Wad berfungsi dengan baik
- Memastikan perkhidmatan meja bantuan teknikal (helpdesk) diberikan kepada semua peringkat pengguna
SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan ICT
– Merancang dan mengurus ICT
– Penyediaan Infrastruktur ICT
– Perolehan dan Pelupusan Aset ICT
– Pengurusan Aduan ICT
- Pembangunan Laman Web
– Rekabentuk dan Pentadbiran Pangkalan Data
– Rekabentuk dan Susun Atur
– Kemaskini dan Pelarasan Kandungan
- Penyeliaan Bilik Server
– Pemantauan Operasi server hospital, server sistem dalaman dan server PHIS
- Teknikal ICT
– Pemantauan dan penyelenggaraan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
– Pemantauan dan penyelenggaraan peralatan ICT
- Khidmat Nasihat ICT
– Perkhidmatan Helpdesk ICT (Dalaman)
– Khidmat nasihat perolehan peralatan ICT
– Khidmat nasihat tadbir urus ICT